Thursday, March 10, 2016

RANGKA TEKS KHUTBAH GERHANA.. dirangka dan disampai dua yang berbeza

Khutbah gerhana
  

 تَبَارَكَ ٱلَّذِى جَعَلَ فِى ٱلسَّمَآءِ بُرُوجً۬ا وَجَعَلَ فِيہَا سِرَٲجً۬ا وَقَمَرً۬ا مُّنِيرً۬ا (٦١) وَهُوَ ٱلَّذِى جَعَلَ ٱلَّيۡلَ وَٱلنَّهَارَ خِلۡفَةً۬ لِّمَنۡ أَرَادَ أَن يَذَّڪَّرَ أَوۡ أَرَادَ شُڪُورً۬ا (٦٢)
Gugusan bintang-bintang, matahari dan bulan yang bersinar. Malam dan siang silih berganti kepada mereka yang mahu mengambil ingatan dan mahu bersyukur.

وَٱلشَّمۡسُ تَجۡرِى لِمُسۡتَقَرٍّ۬ لَّهَا‌ۚ ذَٲلِكَ تَقۡدِيرُ ٱلۡعَزِيزِ ٱلۡعَلِيمِ (٣٨)وَٱلۡقَمَرَ قَدَّرۡنَـٰهُ مَنَازِلَ حَتَّىٰ عَادَ كَٱلۡعُرۡجُونِ ٱلۡقَدِيمِ (٣٩) لَا ٱلشَّمۡسُ يَنۢبَغِى لَهَآ أَن تُدۡرِكَ ٱلۡقَمَرَ وَلَا ٱلَّيۡلُ سَابِقُ ٱلنَّہَارِ‌ۚ وَكُلٌّ۬ فِى فَلَكٍ۬ يَسۡبَحُونَ (٤٠)
Matahari beredar di atas orbit yang ditentukannya. Itulah ketentuan Allah yang Maha Perkasa lagi Bijaksana. Bulan juga telah ditentukan orbitnya ke tempat kembali. Matahari tidak bisa mendahului bulan, dan malam tidak bisa mendahului siang. Semuanya beredar atas ufuk (landasan) yang ditentukan.

 Maksud Hadis:

Sesungguhnya matahari dan bulan itu tanda-tanda daripada kekuasaan Allah. Ia tidak terjadinya gerhana kerana kematian atau kelahiran seseorang. Apabila kamu melihat gerhana, maka berdoalah kamu kepada Allah, bertakbirlah, solatlah dan bersedekahlah.

أَفَلَمۡ يَنظُرُوٓاْ إِلَى ٱلسَّمَآءِ فَوۡقَهُمۡ كَيۡفَ بَنَيۡنَـٰهَا وَزَيَّنَّـٰهَا وَمَا لَهَا مِن فُرُوجٍ۬ (٦) وَٱلۡأَرۡضَ مَدَدۡنَـٰهَا وَأَلۡقَيۡنَا فِيہَا رَوَٲسِىَ وَأَنۢبَتۡنَا فِيہَا مِن كُلِّ زَوۡجِۭ بَهِيجٍ۬ (٧) تَبۡصِرَةً۬ وَذِكۡرَىٰ لِكُلِّ عَبۡدٍ۬ مُّنِيبٍ۬ (٨)
Qaf ayat 6 - 8
Tidakkah kamu selidiki bagaimana langit di atas sana Kami bina dan hiasi dengan segala cakerawala tanpa retak sedikitpun? Bagaimana pula bumi kami pasakkan dengan gunung ganang yang kukuh dan Kami tumbuhkan tumbuhan yang indah dipandang mata? Untu menjadi pengajaran dan ingatan kepada tiap hamba yang mahu kembali kepada Allah.

قُلۡ أَرَءَيۡتُمۡ إِن جَعَلَ ٱللَّهُ عَلَيۡڪُمُ ٱلَّيۡلَ سَرۡمَدًا إِلَىٰ يَوۡمِ ٱلۡقِيَـٰمَةِ مَنۡ إِلَـٰهٌ غَيۡرُ ٱللَّهِ يَأۡتِيڪُم بِضِيَآءٍ‌ۖ أَفَلَا تَسۡمَعُونَ (٧١) قُلۡ أَرَءَيۡتُمۡ إِن جَعَلَ ٱللَّهُ عَلَيۡڪُمُ ٱلنَّہَارَ سَرۡمَدًا إِلَىٰ يَوۡمِ ٱلۡقِيَـٰمَةِ مَنۡ إِلَـٰهٌ غَيۡرُ ٱللَّهِ يَأۡتِيڪُم بِلَيۡلٍ۬ تَسۡكُنُونَ فِيهِ‌ۖ أَفَلَا تُبۡصِرُونَ (٧٢) وَمِن رَّحۡمَتِهِۦ جَعَلَ لَكُمُ ٱلَّيۡلَ وَٱلنَّهَارَ لِتَسۡكُنُواْ فِيهِ وَلِتَبۡتَغُواْ مِن فَضۡلِهِۦ وَلَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ (٧٣)
Surah al-Qasas: 71
Katakanlah, jika Allah memanjangkan malam kepada kamu sehingga hari kiamat, siapakah TUhan selain Allah yang bisa mendatangkan cahaya? Tidakkah kamu mendengar? Katakanlah, jika Allah menjadikan bagi kamu siang sepanjang masa hingga hari kiamat, siapakah Tuhan selain Allah yang bisa mendatangkan malam untuk kamu berehat? Tidakkah kamu berfikir? Maka dengan rahmat Allah, DIA menjadikan bagi kamku malam dan siang agar kamu boleh berehat pada malam hari dan mencari nafkah kehidupan pada siangnya semoga kamu bersyukur. (Al-Qasas 71- 73)

Gerhana berlaku atas ketentuan Allah tepat pada masanya dari jam, minit dan saatnya sekali. Allah menjadikan gerhana daripada siang menjadi gelap, matahari yang bersinar tertutup diliputi bulan yang lebih kecil hingga menggelapkan bumi seketika. Bukankah itu tanda kekuasaan Allah.
Maka Allah yang maha berkuasa juga dapat memusnahkan alam yang luas lagi indah ini, dengan sekali gus apabila tiba waktunya. Apabila tiba noktah kiamat ditentukan, maka akan dihancurkan bumi ini tanpa sebarang bantuan yang upaya dicipta manusia lagi.

Hari ini dunia barat mula percaya akan saat kiamat itu, mereka menghasilkan filem-filem berdasarkan kisahan kehancuran yang disebut oleh al-Quran dan hadis; lahirlah antaranya filem Armagadon, 2012, dengan berbagai teori kemusnahan alam yang terjangkau akal memikirnya.


فَإِذَا نُفِخَ فِى ٱلصُّورِ نَفۡخَةٌ۬ وَٲحِدَةٌ۬ (١٣) وَحُمِلَتِ ٱلۡأَرۡضُ وَٱلۡجِبَالُ فَدُكَّتَا دَكَّةً۬ وَٲحِدَةً۬ (١٤) فَيَوۡمَٮِٕذٍ۬ وَقَعَتِ ٱلۡوَاقِعَةُ (١٥) وَٱنشَقَّتِ ٱلسَّمَآءُ فَهِىَ يَوۡمَٮِٕذٍ۬ وَاهِيَةٌ۬ (١٦) وَٱلۡمَلَكُ عَلَىٰٓ أَرۡجَآٮِٕهَا‌ۚ وَيَحۡمِلُ عَرۡشَ رَبِّكَ فَوۡقَهُمۡ يَوۡمَٮِٕذٍ۬ ثَمَـٰنِيَةٌ۬ (١٧) يَوۡمَٮِٕذٍ۬ تُعۡرَضُونَ لَا تَخۡفَىٰ مِنكُمۡ خَافِيَةٌ۬ (١٨)

Apabila sekali sahaja ditiupkan sangkakala, diangkatkan bumi dan gunung ganang lalu dihancur leburkan dengan sekali hentaman sahaja, maka terjadilah kiamat pada ketika itu, lalu terbelahlah langit kerana langit itu menjadi lemah. Para malaikat di penjuru langit dengan lapan malaikat menjunjung arasyh di atas kepala mereka. Dan pada hari itu kamu dihadapkan di hadapan Tuhanmu tiada suatupun yang tersembunyi lagi. (al-Haqqah)

No comments: