Thursday, March 10, 2016

GERHANA MATAHARI 9 MAC 2016

20 tahun lalu kami lalui pengalaman gerhana matahari penuh ketika masih bertugas di Sabah. Kami ke Kudat semata-mata mahu menghayati suasana ini yang kali pertama dilalui. Ia sukar hendak digambarkan kegembiraan dan kesyukurannya. Allah yang Maha Tahu.

Gerhana kali ini adalah ulangan 20 tahun lalu dan mungkin kali terakhir kita bersolat gerhana dan berkhutbah gerhana matahari. Surau al-Muhajirin ternyata tidak menghampakan dengan ramai jemaah yang hadir dan sarapan sesudah solat juga disedikan. Terbaik.

Dalam khutbah gerhana saya nyatakan beberapa perkara, termasuklah

1. Aturan Allah pada gerakan cakerawala-Nya adalah tetap dan konsisten. Fenomena gerhana terjadi adalah ulangan bertapa usia kita makin meningkat, dan kali ini telah 20 tahun berlalu ukuran waktunya.

2. Gerhana terjadi bukan kerana kematian atau kelahiran seseorang. Baginda Nabi s.a.w seorang saintis terbijak yang memahami gerakan alam ini walaupun baginda tidak mengajar geografi secara khusus. Baginda tidak sama sekali mengaitkan gerhana dengan kewafatan anakanda Baginda, Ibrahim. Jika kita berada pada tempat itu, tentunya semudah logik akal untuk mengiyakan gerhana dengan kematian insan dikasihi sebagai tanda sedih. (Lalu kita sering tertanya kenapa pula apabila ada kematian orang tertentu dan hujan pun turun, maka semudah itu juga kita mengatakan hujan itu turut bersedih atas pemergian insan itu.. Tidakkah itu pelik jadinya?

3. Gerhana ada kaitan langsung dengan usia dunia yang sudah sampai ke penghujungnya. Kiamat pasti berlaku, pasti. Bahkan pemikir barat sendiri mengakui hakikat kiamat sebagai suatu yang pasti, cuma punca kemusnahan itu diandaikan dengan berbagai punca. Maka lahirlah filem 2013, Armagadon dan lain-lain menggambarkan kemusnahan alam; yang sebenarnya kita tahu Hollywood banyak merujuk ceritanya daripada al-Quran dan Hadis sendiri.

4. Barangkali kita rasakan kiamat itu masih jauh dengan kita. Ia mungkin jauh lagi dan lambat masanya. Tetapi ajal tidak pernah berhenti mengintai manusia, tidak kenal usia tua atau muda. Mati itu pasti dan tiba saatnya tidak dilengahkan sedetik dan tidak pula dicepatkan sedetik juga. Ada kalanya orang yang sakit tidak meninggal, sebaliknya orang yang menjaga orang sakit itu mati terlebih dahulu. Dan, sudahkah kita punyai harapan terbaik ketika kematian menjemput kita, untuk kita boleh bernaung di bawah naungan Allah.

5. Kita bersyukur kerana kita punyai kawan-kawan jemaah di sini yang sungguh baik, boleh berjemaah bersama-sama, boleh bersenda gurau tanpa mengambil hati.. dan kita harapkan kawan-kawan inilah yang akan membantu kita untuk kita terus menjadi insan terbaik di sisi Allah. Rakan-rakan sebagai penyubur jiwa untuk kekal dalam amal Islami.

6. Ya Allah ampunilah dosa kami...


No comments: