Sunday, June 18, 2017

NOTA KECIL AYAH 18


___________________________________________________________

(Catatan pada yang dilorek,dipadam) DATUK MENTERI BESAR MARI KE SEKOLAH
PADANG NYIOR PADA JUN 29 - 72

CIKGU SAIDIN (SAAD/SAADAN) BIN MAT NOR MENGAJAR SEKOLAH INI
PADA 1-6-72

MAN AMARA BIL MAKRUF WA NAHYU ANIL MUNGKAR FAHUWA KHALIFAH
FIL ARD WA KHALIFAH KITABIHI WA KHALIFAH RASULIHI

HINGGA AKHIRNYA.. TANBIHUL GHAFILIN 29

____________________________________________________________________

Ulasan:

Satu catatan sejarah ditulis Ayah mengenai lawatan Menteri Besar Kedah ke Sekolah Kebangsaan Padang Terap yang disebut Ayah sebagai Sekolah Padang Nyior pada 29 Jun 1972.

Menteri Besar Kedah pada ketika itu ialah Datuk Seri Syed Ahmad Syed Shahabuddin yang barangkali ada urusan rasmi tersendiri. Ia bukan lawatan politik kerana pilihanraya umum berlangsung pada tahun 1974).

Nama Cikgu Saidin (kurang pasti ejaannya, Saad atau Saadan) dicatatkan mula bertugas di Sekolah Kebangsaan Padang Terap pada 1 Jun 1972. Pada waktu ini, setiap perkembangan di sekolah akan diketahui umum, termasuklah kemasukan atau pertukaran guru. Guru-guru dipandang mulia oleh seluruh warga setempat.

Catatan berbahasa Arab itu bermaksud; Sesaiapa yang menyuruh yang makruf dan mencegah kemungkaran maka dia adalah seorang khalifah di muka bumi ini, seorang khalifah pada kitab Allah dan para Rasul. Ini yang dinukilkan daripada kitab Tanbihul Ghafilin.

Tulisan Alif Ha adalah ringkasan 'Intaha Muallif'' iaitu dibaca hingga ke akhrinya, baca hingga ke akhirnya.




No comments: