Monday, June 19, 2017

NOTA KECIL AYAH 20


__________________________________________________________________________

SENARAI GURU-GURU TARIKAT NAQSABANDIYAH

1. DARIPADA NABI MUHAMMAD S.A.W
2. SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDIK
3. SAIDINA SALMAN ALFARISI

ORANG SIK KEDAH
HASAN BIN AHMAD PEJABAT PENDAFTAR
RUMAH NO 26 JALAN MASJID
ROAD KAWASAN MELAYU BENTALING
JAYA

MOHAMAD JOHARI KAD 6175838
__________________________________________________________________________

Ulasan:

Ayah mencatatkan salasilah Tarikat Naqsabandiyah yang bersanad daripada Nabi S.A.W, kepada Saidina Abu Bakar, dan Salman Al-Farisi. Tetapi penamaan sanad seperti ini tentulah amat lemah dari sudut periwayatan hadis, jika tidak disambungkan dengan sanad-sanad lain yang membawanya. Duan nama besar itu adalah sahabat nabi jua, bagaimana pula sanad selepas sahabat dan seterusnya ke bawah?

Nama Hasan bin Ahmad yang bertugas di Pejabat Pendaftar (mungkin di Kuala Lumpur) adalah orang Sik. Ayah tentunya ada keperluan sendiri berhubung dengan penama ini. (Catatan nama ini muncul lagi sekali pada muka surat berikutnya). Tulisan Petaling Jaya itu mungkin kerana Ayah tidak pernah tahu nama sebenar Petaling Jaya yang ditulisnya Bentaling Jaya

Ayah menulis lagi sekali nombor kad pengenalan Mohamad Johari 6175838.

No comments: