Thursday, August 3, 2017

NOTA KECIL AYAH 46

________________________________

BERI KEPADA YUSUF ABU JAM

    5.00
    2.00

BUKA MASJID PADANG GELANGGANG
PADA 10-6-73

HUTANG DUIT MASJID
10.00
DI KILANG 3.00     30.00
__________________________________

Kenyataan ini hanya Ayah sahaja yang tahu. Ayah berikan duit sejumlah RM7.00 kepada penama YUSUF ABU JAM (tidak jelas tulisannya). Dan akhirnya tulisan itu dipotong menunjukkan perkara itu telah dibereskan.

Masjid Padang Gelanggang yang baru dibuka pada 10 Jun 1973. Ia bagi menggantikan masjid yang dibina oleh orang kampung sekitar tahun 1960an ketika Ayah mula bertugas sebagai IMAM di masjid berkenaan. Masjid baru adalah projek perdana di bawah Tun Abdul Razak yang menyediakan prasarana jalan raya, sekolah dan masjid-masjid di seluruh negara ketika itu.

Berikutnya Ayah catatkan dia berhutang duit Masjid RM30.00 dan catatan itu akhirnya dipotong sebagai tanda ia telah selesai. Tidak dipastikan kenapa Ayah berhutang dengan duit masjid, mungkin ada keperluan mendesak pada ketika itu.


No comments: