Thursday, August 3, 2017

NOTA KECIL AYAH 47

_________________________________________

BUKA MASJID PADANG GELANGGANG
PADA 10-6-73 OLEH TUAN
SYEIKH AZIZ QADI BESAR
KEDAH

BERI KEPADA ABDULLAH
     20.00
     10.00
       5.50
     20.00
       2.00
     32.00           16-11-72

BAKI LAGI 28.00

BAKI LAGI 8.00
___________________________________________

Ia sebuah catatan sejarah pembukaan dan perasmian Masjid Padang Gelanggang pada 10 Jun 1973 oleh Tuan Kadi Besar Kedah, Syeikh Aziz. Fakta ini boleh dirujuk kepada sejarah pentadbiran Agama negeri Kedah Darulaman.

Ayah mencatatkan dia memberi kepada Abdullah sejumlah RM32.00. Tidak dipastikan sama ada Abdullah berhutang atau kerana Abdullah melakukan sesuatu kerja yang diupah oleh Ayah. Barangkali ada sesuatu pekerjaan yang Ayah upah kepada penama Abdullah. Atas andaian penulis, ia adalah kerja-kerja dusun durian sama ada menanam pokok baru ataupun membuat pagar.

Catatan ini juga akhirnya dipadamkan menunjukkan ia telah selesai dibereskan Ayah.



No comments: