Sunday, August 6, 2017

NOTA KECIL AYAH 51

______________________________________

KEPADA ONG (ORANG)
BUKIT SIONG (BONG) 

   8.00
   6.00
   6.00
_________________

KEPADA ARIF

BERI 20.00 RINGGIT
       5.00

BERI DUIT BENIH
      1.50
__________________________________

Ayah merekodkan urusan perbelanjaan berkaitan dengan orang di bawahnya. Diberikan kepada ORANG BUKIT SIONG RM20.00 tetapi tidak diketahui untuk tujuan apa.

Penama Arif muncul dua kali pada laman yang bersebelahan. Ia menunjukkan En Arif terlibat dalam bercucuk tanam di bendang atau dusun durian atau kebun getah Ayah. Berdasarkan pemberian DUIT BENIH RM1.50 berkemungkinan dusun durian. Barangkali juga benih getah kerana harga benih getah pada sekitar 5 sen sepokok (anggaran 150 pokok).

Pada laman berikutnya dijelaskan projek Ayah pada ketika ini ialah menanam getah di kebun Bukit Siring dan Bukit Buluh. (Rujuk Nota Kecil Ayah 52) Penanaman semula di Bukit Siring berlaku pada 17 Oktober 1971 (rujuk Nota Kecil Ayah 3)

Bukit Siring terletak di penghujung Padang Gelanggang manakala Bukit Buluh terletak di hujung Kampung Tanjung menghala ke Pedu. Bukit Buluh adalah tanah kelahiran Ayah.

No comments: