Sunday, August 6, 2017

NOTA KECIL AYAH 53

_________________________________________

HUTANG

DI KILANG    10

TOK MAH            5.00

KEDAI SYEIKH TA.. DUIT 10.00 (catatan tidak dapat dibaca)

IDRIS SAID 1.00 (catatan tidak dapat dibaca)

PENGHULU SAMAN 15.00

HAJI AHMAD      5.00

      30  12  71
      13  11  54
      17    1  17

HUTANG DUIT PAKLONG
PI 20.00 RINGGIT

QASAD/ QASAD/ MAAD DUIT MASJID 10.00

DUIT MASJID 10.00
______________________________

Laman ini Ayah merekodkan keberhutangannya kepada individu terlibat. Ketika ini Ayah sedang menyiapkan rumahnya dengan dua rumah ibu yang baru dibina. Rumah kayu yang agak tinggi dan luas memelukan kos yang agak besar.

KILANG yang dimaksudkan barangkali Syarikat Kilang Padi di Kampung Tanjung yang beroperasi sebagai sebuah syarikat. Malah kami kenal benar dengan Haji Ismail Syarikat, seorang imam di Masjid Kampung Pisang bersama-sama dengan Tok Guru Haji Ahmad, Pak Teh. Mungkin Ayah berhutang dengan penama ini bagi tujuannya.

Penghulu Saman ialah Penghulu Mukim Padang Terap Kanan yang tinggal di Kampung Tanjung seberang. Dia antara orang kaya setempat pada ketika itu.

Ada waktunya Ayah menghadapi kesempitan kewangan dan Ayah berhutang daripada beberapa orang termasuklah MASJID.

Ayah punyai aset lain iaitu lembu dan kerbau yang boleh menjadi sumber segera bagi menampung keperluan semasa lagi mendesak. Mungkin ketika itu, Ayah belum berkesempatan menjual lembu atau kerbau miliknya.

Kiraan angka ini;

      30  12  71
      13  11  54
      17    1  17

adalah kiraan Ayah akan umur Abang Mustofa pada tarikh 30 Disember 1971, iaitu umurnya 17 tahun satu bulan dan 17 hari. Ayah selalu berkira-kira umur Abang Mustofa, catatan tarikh lahir Mustofa terpapar beberapa kali dalam nota kecil ini.

Pak Long Pi (Haji Hanafi) adalah bapa saudara kami, iaitu abang ipar Ayah. Pak Long Pi adalah manusia qanaah terbaik dalam hidup kami, bekerja siang malam menyara kehidupan dengan Mak Long Hawa, rajin menadah kitab ketika Pak Teh berkuliah, azannya sesekali menyejuk hati kami, sabar melayan kami anak beranak; itulah insan mulia Pak Long Pi.

Semua rekod ini dipadam Ayah menunjukkan kesnya telah selesai.




No comments: