Loloq bukan nama asing bagi industri muzik tanah air. Ketika saya menantikan berita kematian Datuk Haji Ishak Baharum lewat TV3, tersentak pula dengan berita kematian Loloq.
Pada saya, Loloq punyai sumbangan besar dalam industri hiburan dan hasil buah tangannya merentas soal kepimpinan, politik, sosial, kritikan, emosi percintaan dan sebagainya. Malah banyak lagu ciptaan beliau berbentuk kritikan halus terhadap isu semasa.
Saya mula meminati karya Loloq lewat M. Nasir yang pada saya mereka itu ibarat isi dan kuku. Mereka menghasilkan karya untuk difikirkan, untuk direnungkan dan yang lebih penting bukan hiburan semata, malah kaya dengan falsafah dan ideologinya.
Biar apa pun mereka kata, kita amat hargai sumbangan Loloq dan semoga Allah melapangkan kuburnya sebagai taman-taman syurga.
Al-Fatihah.
1 comment:
Al _Fatihah untuk Loloq. Saya juga amat meminati karyanya. Baru saja berangan nak berguru dengannya.
Selamat datang ke dunia blog!
Post a Comment