Monday, February 4, 2008

Biografi ringkas Allahyarham Datuk Ishak Baharom

Berasal dari Banting, Selangor, Almarhum pernah bertugas sebagai guru bahasa Arab di sekolah persendirian Madrasah Al-Masyhur, Tanah Liat, Bukit Mertajam pada awal tahun 50an Almarhum Ust Ishak Baharom pernah menimba ilmu agama di India. Beliau pernah menjadi Guru Besar di Sek Men Agama Hishamuddin, Klang sebelum dilantik menjadi Mufti Negeri Selangor. Dikhabarkan sebagai mufti, Almarhum begitu disayangi oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, ayahanda Sultan Selangor sekarang. Dengan nada sayu dan sedih, melalui perbualan telefon, Almarhum Sultan Salahuddin 'memecat' mufti kesayangannya kerana faktor politik. Setelah bersara dari menjadi Mufti Selangor, almarhum Ust Ishak bergiat aktif di dalam politik PAS.

Kesungguhan beliau mempertahankan kebenaran menjadi kebanggaan umat Islam.

No comments: