Wednesday, February 6, 2008

BENCI DAN MARAH

Benci dan marah adalah fitrah manusia. Hanya Islam menetapkan kebencian dan kemarahan itu perlu batas dan perlu jagaannya agar ia tidak terikut emosi dan dihalang oleh akal yang waras.

Kenapa benci masih bertapak dalam diri kita? Kenapa timbulnya benci, dan benci itu kepada rakan sejawat, rakan seagama dan rakan sebangsa. Orang politik melihat musuh politiknya sebagai pesaing dan menanamkan rasa benci kepada orang bawahannya. Orang atasan melihat orang bawahannya sebagai ulam untuk diratah atas rasa benci dan marah. Apa yang hendak dibencikan, entahlah.

Bagaimana anda sedar anda dibenci dan dimarah? Anda sedar sendiri apabila nada orang yang bercakap sengaja menghentam dan merendahkan anda, mencari kelemahan anda. Orang yang mendengar juga akan tahu, akan tahu yang anda sedang berkonfrantasi dengan seseorang. Orang akan tahu, orang akan faham biarpun anda tidak sebutkan kepada siapa anda marah.

Marilah kita kikiskan rasa benci kepada rakan sebaya, rakan seagama, rakan sebangsa malah kepada sesiapa sahaja kerana itulah yang disuruh Rasulullah s.a.w; ”Janganlah kamu marah! Janganlah kamu marah!”

”Ya Allah suburlah benih kasih kami sesama insan, hilangkanlah rasa benci dan tak selesa dengan sesiapa sahaja di dunia ini.”

2 comments:

payat inc said...

betul tu...marah tak mampu selesaikan pape...we're weak when we mad[smallville]

Ahmad Nawawi Yaakob said...

SUKAR JUGA NAK KONTROL MARAH.. TEORI SENANG CAKAP.. CUBA-CUBALAH TU..