Penghujung bulan Januari 2008 lalu, aku menyemak cuti tahunan untuk dibawa ke hadapan. Mengisi borang e-cuti bukanlah susah sangat, tetapi apabila aku lakukan dua tiga kali, baki cutiku tidak boleh dibawa ke hadapan, aku kaget. Aku mendapatkan info daripada Sdr Saiful di Pejabat Pentadbiran dan dia memaklumkan; “Ustaz cuti untuk gantian pencen ustaz telahpun penuh. Penuh 120 hari.”
Aku tergamam. Dengan berbaki 15 tahun lagi sebagai penjawat awam, cuti gantianku telahpun penuh! Dan aku terpaksa bawakan cuti rehat 2007 yang berbaki 55 hari ke tahun 2008 dan jumlah cuti untuk tahun 2008 menjadi 90 hari!
Wah bagaimana caranya aku hendak habiskan cuti rehatku sejumlah 90 hari (2008) dan 35 hari pada setiap tahun mendatang? Entahlah. (Kalau cuti boleh diberikan kepada staf lain, mahu juga aku agihkan).
No comments:
Post a Comment