Friday, February 15, 2008

DOLAK DALIK BUBAR PARLIMEN

DOLAK DALIK BUBAR KE TIDAK

Ketika menghadiri forum Islam Hadhari di Beroleh, Batu Pahat, YB Datuk Hj Ahmad, Ahli Parlimen Sri Gading membisikkan esok (13 Februari 2008) akan dibubarkan parlimen. Kami rasa teruja untuk memancing undi dalam forum yang akan dilangsungkan.

Esoknya, di awal pagi apabila menatap akhbar harian, tajuk utamanya memetik PM sebagai berkata ‘Tidak akan bubar pada hari ini (13 Feb). Kita berteka teki bilakah sebenarnya tarikh keramat yang ditunggu Pak Lah, apakah belum cukup maklumat risikan untuk mengukuhkan keazaman Pak Lah?

Jam 3 petang itu (13 Feb) ketika saya ke Pejabat Tanah Segamat, pegawainya memaklumkan parlimen telah bubar. Terperanjat juga. Dalam Pak Lah kata tak nak bubar, tiba-tiba bubar pula…

Soalnya, siapa sebenarnya yang berkuasa dalam kepimpinan negara. Kenapa Pak Lah benar-benar nak menafikan pembubaran sedangkan dia tahu yang hari ini akan dibubarkan? Timbul pertanyaan bodoh kepada kita, siapa sebenarnya berkuasa dalam hal ini, Pak Lah sebagai PM atau insan lain di belakang tabir yang lebih keramat dan berkuasa daripada Pak Lah.

Mungkin alasan Pak Lah mengatakan Agung yang belum memberi kata putus, sedangkan perkara itu adalah di bawah pengetahuan dan maklum benar masa dan tarikhnya. Itulah hebatnya pilihanraya di Malaysia, apabila tarikh pembubaran pun menjadi teka teki, berbanding Thailand yang sentiasa bergolak tetapi telah termaklum bila tarikh pilihan raya 4 bulan sebelumnya. Ia tidak berlaku di Malaysia.

Walau apa pun, itulah barangkali kelebihan dunia politik di Malaysia. Selamat berjuang wahai rakyat Malaysia dalam pilihanraya ke 12. Buatlah pilihan yang tepat untuk kemajuan dan kelangsungan ummah ini. Fikir gunakan akal waras bukan sekadar emosi kolot.

No comments: