Wednesday, February 13, 2008

UNDANG-UNDANG SAMBAL BELACAN

Katakanlah Islam itu agama yang syumul dan menyeluruh. Katakanlah diibaratkan menghadap sehidangan makanan yang adanya nasi, lauk ikan, sayur, udang, ketam, ayam dan sambal belacan. Semuanya satu hidangan yang lengkap dan sempurna. Itulah hidangan Islam.

Tiba-tiba seorang itu mengatakan sambal belacan tidak diperlukan dalam hidangan, kerana ia dikatakan pedas atau berbau. Bagaimana hidangan tadi? Adakah ia hidangan yang lengkap ataupun tidak?

Tentunya ia hidang yang tidak lengkap, tidak syumul dan tidak sempurna. Maka begitulah juga hidangan Islam yang kita perjuangkan. Kita memperjuangkan Islam yang syumul dan lengkap, biarpun ada orang mengatakan undang-undang Islam hanyalah umpama sambal belacan!

Kegagalan menempatkan undang-undang Islam dalam statusnya yang sebenar adalah kegagalan kita. Setelah 50 tahun perjuangan umat Islam di bumi bertuah ini, perkara asas kenegaraan masih belum terlaksana sepatutnya. Natijahnya kita masih cari mencari alasan dan andaian yang tidak pernah berpenghujung.
Mampukah Islam Hadhari meletakkan satu blue print memantapkan undang-undang syariah dalam negara kita? Mungkinkah inilah peluang terbaik untuk kita perkasakan undang-undang Islam setelah terbukti kita hebat dalam bidang-bidang lain? Siapa sangka jika kita mampu melakukankannya.

No comments: