Wednesday, February 13, 2008

HINDRAF

Dalam satu taklimat daripada pihak Majlis Keselamatan Negara yang dihadiri baru-baru ini, didedahkan sedikit maklumat HINDRAF dan kegiatannya. Sememangnya HINDRAF punyai talian rapat dengan Tamil Ilam dan puak pelampau Hindu di India dan Sri Lanka. Tuntutan HINDRAF untuk mendapatkan imbuhan daripada kerajaan Britian hanyalah satu helah untuk membuka pekung dan rasa tidak puas hati mereka kepada kerajaan Malaysia. Demonstrasi 25 November 2007 disusuli pula perhimpunan kelompok-kelompok kecil berterusan di mana-mana. Terbaru mereka mengadakan perarakan di Britain pada 1 Februari 2008 lalu; semuanya atas tujuan yang sama, tujuan untuk mendapat lebih daripada apa yang sepatutnya mereka dapat.

Terlalu banyak fakta yang tidak benar, salah dan menyesatkan. Tetapi oleh kerana perjuangan itu untuk mendapatkan kepentingan bangsa, maka ia mendapat sokongan majoriti kaum India. Dalam klip vedio yang dipertontonkan mengatakan; ”All hindus are HINDRAF.” Begitulah keangkuhan bangsa yang kurang mengenal erti syukur dan terima kasih kepada mereka yang sanggup mengobankan hak mereka, bangsa Melayu.

Pendatang India tidak pernah mendapat hak kerakyatan mahupun hak menetap di Burma, tiada kerakyatan di Thailand dan negara Asia Tenggara lain. Dalam keterbukaan bangsa Melayu membuka ruang kepada pendatang – yang dibaca sebagai rakyat Inggeris- mereka telah diberi jawatan hingga bertaraf menteri, berniaga bertaraf jutawan, beranak cucu berulang generasi... Benar seperti kata Tun Sambanthan; bumi Malaysia ini tanah aman untuk sesiapa sahaja.
Jika dilihat siri perarakan HINDRAF, poster Ghandi masih dijulang yang seolah-olah mereka itu masih bertanahkan India. Jika benar begitu, kembalilah semua HINDRAF ke India dan rasai keseronokan hidup di bumi asalmu! Atau barangkali HINDRAF tidak menyedari langit mana mereka junjung, bumi mana mereka pijak!

No comments: