Wednesday, February 6, 2008

IMPIANKU...

IMPIANKU

Apa impian anda? Mendekati golongan bawahan seperti pemandu bas, pemandu lori, juru ukur tanah di kawasan pedalaman (sempadan) adalah antaran impianku masa kini.

Kini aku terimpikan sangat untuk menjadi seorang pemandu lori tangki yang besar, khasnya lori Scannia yang gah itu. Ingin sekali aku menjelajahi utara ke selatan dan ke timur begaul mesra dengan pemandu lori Malaysia dan menyelami hati budi dan jerit payah mereka. Bilakah masanya impian ini akan terlaksana?

Impianku juga untuk menaiki keretapi dan berziarah ke pedalaman Kelantan. Ingin sekali aku menjadi ‘Alone Ranger’ dengan misi mendekati sosial budaya setempat yang tidak pernah ditulis dan dirakam sesiapa… Siapa yang boleh membantu saya memenuhi impian ini?

Sesekali saya mahu juga menjadi pendakwah bebas (dan dalam masa yang sama penyelidik) di negara miskin seperti Viatnam atau Kemboja. Terharu aku melihat mereka bersekolah berlantaikan tanah, beratapkan dedaun kering dan tanpa buku dan pen. Bagaimana sepatutnya aku boleh berperanan membantu mereka, apa yang aku boleh lakukan untuk merubah taraf hidup mereka dan akhirnya mereka menjadi umat Islam yang hebat dan berpengaruh.

Semua impian ini terbentuk dari rasa ingin tahu, ingin menyelami realiti sosial dalam kalangan kelompok tertentu. Itu yang penting. Ingin sekali aku rakamkan semua pengalaman indah itu dalam buku-buku untuk diterbitkan baik UPENA mahupun penerbit luar.

Impianku juga untuk bercuti dan bertemu Mak Long Hawa, emak saudaraku untuk aku punyai ruang secukupnya berbual dan mendapatkan cerita-cerita klasik (kanak-kanak dan dewasa) untuk aku bukukan. Aku mencari masa yang sesuai, aku mencari ruang yang amat terbatas. Pelik bukan. Mahu bertemu emak saudarapun menjadi impian? Kenapa? Kerana susah aku mahu mencari ruang waktu bercuti dan berjejak ke kampungku di Kuala Nerang. Balik kampung hanya setahun sekali… Berapa kali anda pulang ke kampung?

2 comments:

payat inc said...

bagusnye...semoga terlaksana impian2 ini

Ahmad Nawawi Yaakob said...

TERIMA KASIH