Monday, March 24, 2008

DERHAKA KEPADA SULTAN DAN RAJA

Paku dulang paku serpih... Begitu gamaknya apabila dahulu BN menghentam Lim Kit Siang kerana memboikot ketetapan sultan Perak. Dan kini sampai masanya pula BN membuat benda yang sama, malah lebih menggawatkan kerana ia akan melibatkan tercetusnya krisis perlembagaan, dan jika berpanjangan menyebabkan pembubaran DUN Terengganu.

Krisis demi krisis terpaksa Pak Lah hadapi dan nampak gaya semua perkara yang Pak Lah lakukan, putuskan tidak menjadi. Barisan Kabinet masih belum mantap apabila MP dari BN sendiri masih melobi dan melobi untuk mendapatkan jawatan mereka. Kesian Datuk Jamaludin Jarjis yang bertungkus lumus menjayakan misi angkasawan negara, mengutuskan SMS ke ISS.. tetapi akhirnya diketepikan Pak Lah.. Mungkin ada sebab lain, terutamanya mengenangkan pemilihan UMNO paa penghujung tahun ini... tentunya Pak Lah sudah baca siapa geng dia dan siapa pula geng lain, geng Najib ke, geng Ku Li ke...

Itulah dunia politik...

Yang penting saya nak pastikan Malaysia kekal aman damai, BN mantap berkuasa.. dan pembangkang boleh berperanan dengan baik... selamat memerintah negara sbg amanah Allah.

1 comment:

Beyta said...

Ni kes Perak dengan Terengganu lah ni kan... Tu lah ustaz... saya pun rasa macam tu... Tapi ada satu perkara yang ramai tak perasan betapa tut.. nya pimpinan paklah sebab boleh buat keputusan nak berjumpa Sultan Terengganu (Yang Di-Pertuan Agong kini)mengenai isu perlantikan menteri basar Terengganu itu... bukan kah termaktub dalam perlembagaan yang Di Pertuan Agong tidak boleh terlibat di dalam pentadbiran negeri...