Thursday, March 27, 2008

PEMBANGKANG DAN PEMERINTAH

Jadi pembangkang tidak sama dengan jadi pemerintah. Semasa jadi pembangkang banyak perkara yang dibangkang dan dirasakan tidak betul. tapi apabila sudah jadi pemerintah baharulah faham dan sear banyak perkara yang perlu dibuat.

Sebab itu, pesan Rasulullah; kalau nak benci itu berpada dan kalau nak kasihpun biar berpada kerana tidak tahu nantinya apa yang akan terjadi. Walhasilnya, hendak buat sesuatu lebih susah daripada hendak cakap sesuatu. Hendak cakap sesuatu senang sesenang lidah menuturkan itu dan ini, tetapi hendakkan pengisian dan pelaksanaannya, baru tahu susahnya hidup.

So, belajarlah untuk membuat sesuatu daripada hanya suka memperkatakan sesuatu.
selamat membangkang...

1 comment:

hidayahtaslim said...

Assalamualaikum ust..
setiap pertandinagn pasti ada yang menang dan ada yang kalah..tak kiralah pertandingan apa sekalipun..yang sudah menang, banyakkanlah bersyukur kepada Allah SWT.. dan yang kalah pula kaji apa puncanya..Hendak berbicara panjang tentang politik, takut menimbulkan pergaduhan..apa pun bersyukurlah dengan arus pemerintahan yang sedia ada ini..