Wednesday, March 26, 2008

TV3 DAN MEDIA KITA..

Corak pemberitaan TV3 dan media lain semacam tenggelam punca. Biarpun stesyen TV3 sebenarnya berada di negeri BA, mereka masih tidak sedar dengan pesekitaran dan kehendak rakyat umum. Banyak cerita kerajaan baru yang dipilih rakyat tidak dilaporkan atau sengaja diputarbelitkan. Maka muncullah NGO yang kecil-kecil ditonjolkan sebagai juara untuk mempropagandakan isu-isu yang memenangi UMNO yang kalah dan tewas. Mereka hendak tonjolkan UMNO secara langsung mungkin tidak kena, lalu diambillah beberapa NGO yang hanya beberapa kerat ahlinya sahaja bagi menyuarakan rasa hati mereka.

Begitu juga soal perhimpunan haram dan tak haram. Apabila perhimpunan yang dibuat oleh UMNO sering sahaja disebut perhimpunan aman sedangkan perihimpunan lain akan disebut sebagai perhimpunan haram. Apakah kayu ukur aman dan haram kerana semuanya tidak mendapat permit daripada polis. Hanya kerana penganjurnya UMNO ia menjadi aman sebaliknya jika BA yang anjurkan maka definisinya menjadi haram. Entahlah, TV3 dan media kita dah jadi caca merba.

No comments: