Thursday, March 6, 2008

MASALAH KAWAN-KAWAN

EFA: MASALAH KAWAN-KAWAN
Pagi itu saya dapat sms daripada seseorang yang tak saya kenali; 017-7040xxx; aslkm ustaz, saya nak jumpa ustaz, pukul brapa boleh sy jumpa? 4 mac 08/ 803. Saya reply jam 12. Dalam jam 12 pun datanglah si pelajar ini. Namanya panjang saya tak ingat tapi saya panggilnya Efa sahaja.
Dia kata dia bukan pelajar saya, hanya kenal saya pada masa ceramah di Modul 4 (dalam DST) dulu. Subhanallah, syukur saya kerana dalam ramai-ramai orang, saya yang dia cari.
Ceritanya hanyalah masalah kawan. Kawan yang tak nak berkawan lagi dengannya. Puncanya tak dapat diketahui. Hinggalah kumpulan pembentangan pun kawannya dah tak nak terima.
Susah juga saya fikir apa nak bagi jawapan. Sambil berborak –kaunseling lah tu- saya cadangkan itu dan ini, soal doa, soal kebergantungan kita kepada Allah, soal penampilan diri kita, hinggalah langkah terakhir jumpa sahaja pensyarah berkenaan untuk tentukan kumpulan pembentangan. Seketika Efa menitiskan air mata, seketika dia tersenyum..
Pada penghujung sesi perbualan, saya nampak Efa yakin untuk bertemu pensyarahnya dan yakin untuk berhadapan dengan rakan-rakan yang menolaknya. Entah saya tak tahu apa nak dicakapkan. Moga Allah memudahkan segala urusan kita. Itulah doa saya hari-hari.
Hari berikutnya, saya dapat sms daripadanya; “askum ustaz, maaf la ganggu, ni efa. Sy nk ucapkan tq pd ustaz atas nasihat ustaz pd sy. Alhamdulillah, sy dah kwn smula dng kwan2 sy. Group psentation sy dgn org lain. Sy akan ingat nsihat ustaz pd sy. Sy suka bjumpe dgn ustaz sbb ada ketenangan. Sy hrp dpt jmpe ustaz lg. tp sy kena pham yg ustaz pun ada tugasan lain dan sibuk. Hnya Allah yg dpt balas segalanya. Ustaz, doakan sy dlm peljaran dan khdpn sy, sy nk minta restu dr ustaz spy doakan sy dlm menghdpi sbrng dugaan dlm hidup. Askum”. 5 mac 08, 1554 Saya reply; “Syukur.. moga efa bjaya cmerlg sem ni. B e best. sy yakin efa pljr tbaik pernah sy jmpa. Tk”

No comments: