Thursday, March 6, 2008

KELAS BATAL KE TIDAK

Menyampah. Itulah luahan pertama saya bila masuk ke kelas, pelajarnya tak ada. Bila telefon pelajar mengatakan kelas dibatal.. Siapa yang pandai-pandai nak batal kelas pula?

Pelajar tu kata, dia masuk kelas kelmarin dan dimaklumkan oleh seorang pensyarah bahawa semua kelas pagi ini dibatalkan kerana ada taklimat akademik dari Shah Alam. Aik, pandai-pandai pula dia yang membatalkan kelas orang lain, sedangkan surat jemputan ke taklimat itu tidak menyebut perlu dibatalkan kelas.

Sudah dua minggu saya batalkan kelas. Dua minggu lalu, ke Lumut atas urusan Kualiti, minggu lalu ke Sarawak ada seminar. Tup-tup minggu ini orang lain pula yang pandai memandai overall batalkan kelas. Minggu depan hari Khamis juga ada program Sanggar Buku UPENA di Shah Alam...

Yang budak-budak ni pun satu. Tanya lah dulu pensyarahnya- saya- sama ada kelas nak batal ke tidak.. ini main tangkap muat je. boring boring...

3 comments:

Mohd Halim Kadri said...

Ustaz,
Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia, cabaran dan dugaan mendewasakan usia - kata Hijaz

Ahmad Nawawi Yaakob said...

pada hari yang sama, pelajar tu minta digantikan kelas jam 12. sayapun masuk dan nak buat pilihan sama ada nak marah-marah atau nak ceria, gembira. saya pilih gembira dan suka-suka.. Alhamdulillah pelajar boleh belajar dgn baik, presentation jadi ok.. syukur.

Dziauddin said...

Di MMU apa jua keadaan (kecuali kecemasan) di larang keras sama sekali untuk membatalkan kelas. Ia umpama membuat satu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman mati. Namun di sini, ada sedikit kompromi. Mungkin ada 'pro and con'. Mmm...banyak lagi perkara yang perlu dipelajari bagi orang baru seperti saya.