Friday, March 14, 2008

MEDIA MASIH SEPERTI DULU

Biarpun majoriti pengundi beralih ke pihak pembangkang dan lima negeri telah beralih angin, namun media arus perdana seakan tidak mahu menghormati dan memahami kehendak rakyat. Mereka masih lagi meletakkan keilatan kepada sebelah pihak sahaja. Usaha ke arah meningkatkan minda pembaca kekal di tahap lama. Hingga ada teori pembaca yang dibentuk iaitu, kalau baca berita arus perdana perlu faham sebalik dari berita yang ditulis...

Sampai bila media kita terperangkap dengan kongkongan sempit seperti ini, sedangkan rakyat boleh memilih media lain yang lagi tuntas, cekap dan pantas memberi maklumat kepada rakyat? Semoga media kita tidak lagi menjadi penyebab kepada kekalahan BN dalam pilihanraya lalu atas rasa jelak dan muak kepada laporan yang dibawa.

Fikirkan.

1 comment:

Rina said...

salam,
jgn lupa ustaz, kelas dah tukar hari ahad.

sekarang, 5 negeri tu kerajaan pemerintahnya ialah pembangkang. tapi kita tak boleh panggil mereka pembangkang lagi. di 5 negeri tu mereka lah kerajaan negeri dan pembangkangnya ialah dacing.