PENERBANGAN BALIK 29 FEB 2008
Pagi Jumaat bangun awal bersolat Subuh dan sedia meninggalkan Holiday Inn Kuching. Pemandu teksi melahirkan penghargaannya kepada UiTM yang menjadi pusat pendidikan anak Bumiputera, dan tambangnya RM20 sahaja dan saya lebihkan RM2 sebagai sumbangan untuk agama. Penerbangan saya sepatutnya jam 11 pagi tetapi mohon penerbangan awal jam 8.20 pagi dan masih ada kekosongan. Cuma kurang bernasib baik apabila penerbangan ditangguhkan ke jam 10.15 pagi.
Di Airport Kuching, saya sempat berbual dengan Dr Azman, pensyarah Ekonomi di UNIMAS yang kebetulan dalam penerbangan yang sama. Nampaknya bukan sekadar rakan baru, malah banyak perkara yang dikongsi bersama khasnya untuk menerbitkan jurnal berwasit dan menjalankan kajian serta perundingan. Bertuah rasanya dapat bertemu Dr Azman yang berasal dari Tanah Merah dan anaknya juga sedang belajar di UiTM Johor, Nur Nabilah –Sains Kuantitatif.
Apabila saya memperkenalkan UPENA, dan saya sebagai Koordinator UPENA di Johor, beliau terus berminat untuk menerbitkan buku melalui UPENA. Kecil tapak tangan, nyiru kami hamparkan. Bertuah rasanya dapat mempromosi UPENA dan mencari kenalan yang berminat dalam penerbitan.
Seorang lagi kenalan baru seorang guru bertugas di Politeknik Tawau yang berasal dari Kampung Jabi, Segamat. Dia orang PBS. Apa tu PBS? Parti bini Sabah; beristerikan orang Sabah. Gitulah indahnya dunia ini, orang Kelantan mencari rezeki di Sarawak, Segamat di Tawau, Kedah di Segamat dan di mana sahaja adalah bumi Allah jua.
No comments:
Post a Comment