Apabila sampai ke rumah, berehat seketika dengan isteri dan anak-anak, maka berbagai cerita dicurahkan kepada kita. Biasanya isteri saya, Puan Rashidah (yang kadang kala saya panggilnya datin kerana selalu sibuk dengan tugas sekolah) akan menceritakan kisah-kisah sekolahnya. Dia bertugas di SMK Seri Kenangan, Segamat dengan Pengetuanya seorang perempuan... dan tentunya banyak ceritera yang diluahkan, dan saya akan cuba menjadi seorang pendengar yang baik... Lelaki dan suami perlu belajar menjadi pendengar yang baik, belajar jadi kaunselor yang praktikal.
Dan pada malam tadi anak-anak saya menyampuk; ”Abah, abah ceritalah pula kisah abah!”
Op, saya melongo. Apa yang saya nak cerita dan kongsi dengan isteri dan anak-anak?
No comments:
Post a Comment