Saturday, April 5, 2008

JANGAN TERLALU BERPOLITIK

JANGAN TERLALU BERPOLITIK, TENGOK TUGAS HAKIKI

”Ustaz, anta jangan suka sangat berpolitik. Tengok tugas hakiki anta!” Mungkin itu yang terfikir rakan-rakan bloger semua. Sebenarnya saya tidaklah selalu memikirkan soal politik ini, hanya pada masa tertentu sahaja. Menulis untuk blog inipun hanya pada masa senggang seperti sementara menunggu pelajar buat test dalam kelas, saya buka PC dan tulis itu dan ini sekadar memenuhi ruang waktu.

Sebenarnya anda yang biasa menulis akan sentiasa suka menulis. Bagi penulis, dalam keretapun dia boleh menulis, dalam kapal terbang, sambil menunggu program bermula dan di mana sahaja, ada ruang yang boleh dimanfaatkan.

Soal tugas hakiki, Insya-Allah kita sempurnakan sebaik mungkin. Prinsip saya, sentiasalah kita sibuk dan menyibukkan diri, maka di situlah ada hasilnya. Tetapi kalau fikir hendak cari masa rehat sahaja, bererti tiada apa yang boleh dilakukan untuk membantu organisasi dan masyarakat.

No comments: