Telah lama mendengar kisah sedih menimpa rakan kita, Puan Sharifah diserang barah yang akhirnya dia kembali menemui Rabb pada 11 April 2008. Kak Pah yang mesra dipanggil ibu dalam kalangan pelajar (dan dia pun membahasakan dirinya ‘ibu’) seorang yang ceria dan peramah. Mudah dan suka membantu orang. Ketika saat terakhir hayatnya, Puan Pozi memaklumkan keadaannya yang kritikal di hospital, saya terkedu lagi. Dan kebetulan hari itu hari Jumaat..
Dalam perjalanan menjemput anak-anak sekolah, setulusnya doa saya himpum pada-Mu Tuhan; “Aku amat menyayangi dia, jika Kau takdirkan sembuh, Kau sembuhkanlah dia. Tapi jika takdirnya telah Kau tentukan, Kau ambillah dia kembali pada hari Jumaat yang mulia ini, Kau terimalah dia sebagai kekasih-Mu…”
Selepas Jumaat saya masuk ke ofis dan mendapat info kematiannya…
Innalillah... Allah memilihnya pada hari yang mulia, hari Jumaat. Semoga Allah menempatkan beliau bersama anbia dan syuhada. sesungguhnya kita yang kenal dengan Puan Sharifah, dia seorang yang peramah, baik dan kaya dengan sifat keibuannya. Saya percaya pelajar yang pernah berurusan dengannya juga amat menyenanginya. (Giliran kita bila pula??)

No comments:
Post a Comment