Monday, April 14, 2008

PANTUN-PANTUN

Ini adalah tiga rangkap pantun karangan Puan Nor Asmah Basiran (yang menang) dalam pertandingan mereka pantun sempena Maulid di Surau Al-Muhajirin Taman Yayasan

Terbang tekukur ke Pulau Bidara
singgah sebentar di Tanjung Malim
salam dihulur pembuka bicara
ukhuwah terjalin sesama muslim

Kamar Istana dihias indah
tempat beradu puteri Jawa
sesama saudara berakhlah mahmudah
saling membantu pengikat jiwa

Mekar angsana tumbuh melata
dipetik oleh lanang bistari
toleransi dijana perpaduan sekata
rakyat berbilang negara harmoni

No comments: