Wednesday, April 9, 2008

NILAI DUIT DALAM SIMPANAN

Perlukah kita menyimpan –dalam bentuk tunai- banyak-banyak di dalam bank? Atau mungkin sudah sampai masanya kita memikirkan cara lain menyimpan wang, bukan lagi tunai dengan jumlah RMxxxx ringgit? Kenapa? Kerana nilai wang semakin hari semakin susut dan kurang. Wang bukanlah sandaran yang kukuh untuk diniagakan. Maksudnya jumlah wang RMxxxx tidak membawa nilai sebenar yang diperlukan.

Nilai wang RM1000 pada hari ini tidak sama dengan RM1000 pada bulan hadapan, atau tahun hadapan. Hari ini jumlah RM1000 boleh menampung perbelanjaan minyak dan beras sebulan, tapi dengan kadar yang sama pada tahun berikutnya, RM1000 tidak mampu menampung perbelanjaan minyak dan beras sebulan lagi. Jadinya, kalau kita punyai simpanan 300 ribu ringgit di dalam bank, nilainya semakin hari semakin susut dan mengecil dengan tekanan inflasi yang semakin meningkat.

Apa cara yang terbaik? Mungkin duit simpanan yang banyak itu boleh dilaburkan pada pembelian aset seperti tanah dan rumah atau aset lain yang pasti harganya tidak akan menurun. Kalau beli kereta, pastinya harga second hand akan jatuh menjunam, yang bererti kenderaan tidak elok untuk dijadikan pelaburan.

Bagi orang yang kaya, sampai masanya mereka melabur dalam perkara yang lebih dinamik dan gerakkan ekonomi negara. Bagi kita yang miskin, makin sukar nampaknya hendak berpegang kepada nilai wang, dan tidak perlu kita berangan untuk simpan wang banyak-banyak di dalam bank. Cukup sekadarnya sahaja. What do you think?

4 comments:

Daia said...

Salam..
Saya sangat setuju dengan pendapat ustaz.. dah lama saya fikirkan hal nie..semakin hari nilai wang kita semakin rendah, manakala nilai tanah dan rumah semakin hari semakin tinggi..tanah dan rumah merupakan aset yang boleh kita banggakan..tidak rugi kalau kita beli tanah n rumah banyak...

Ahmad Nawawi Yaakob said...

so, daia belilah rumah atau tanah banyak-banyak .. lepas tu beli pula seorang suami...

Daia said...

nak beli rumah n tanah mestilah kena kumpul duit dulu.tak kan nak beli dengan daun getah pulak..kalau dah ada duit insya allah saya akan beli.. tapi mana ada orang beli suami.. tapi ramai orang beli isteri.. betul kan ustaz....jangan mara

Daia said...

nak beli rumah n tanah mestilah kena kumpul duit dulu.tak kan nak beli dengan daun getah pulak..kalau dah ada duit insya allah saya akan beli.. tapi mana ada orang beli suami.. tapi ramai orang beli isteri.. betul kan ustaz....jangan mara