Selamat Hari Ibu kepada semua yang bergelar ibu dan yang bakal menjadi ibu. Ibu lambang kasih sejati yang tiada tolok bandingnya. Bersempana hari ibu, saya merangka satu program Sambutan Hari Ibu di Surau Al-Muhajirin Taman Yayasan.. Alhamdulillah program itu dipersetujui dan akan dilaksanakan pada 10 Mei 2008, di surau berkenaan mulai jam 8.30 pagi.
Programnya ringkas sahaja; ada ceramah dan penyerahan hadiah anak-anak kepada ibu/bapa. Disamping itu, kita istiharkan pula Tokoh Ibu Mithali Surau Al-Muhajirin 2008... Jam 11.00 program dijangka berakhir..
Sambutan ? InsyaAllah dengan kerjasama Kumpulan Yasin Wanita fasa 1 dan Fasa 2, dijangka ramai yang akan hadir..
Kepada mereka yang berminat untuk turut serta, kami alu-alukan.. Datanglah bersama ibu dan bawalah hadiah untuk diserahkan pada majlis berkenaan. Rasai murninya kasih sayang sesama kita pada hari bertuah itu...
1 comment:
aktiviti yang sangat bagus untuk kita semua mengingati jasa-jasa ibu yang selama ini banyak mengorbankan masa, tenaga, wang ringgit dan sebagainya kepada kita. igati la jasa2 mereka sepanjang masa, bukan hanya ketika hari ibu sahaja, kerana syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu. hargailah ibu selagi ianya masih hidup..
Post a Comment