Monday, May 5, 2008

SUARA AL-MUHAJIRIN

Telah tujuh tahun usia Suara Al-Muhajirin terbit dan diedarkan kepada jemaah masjid di Surau Al-Muhajirin Taman Yayasan... Terbitannya berkala mengikut program dan aktiviti surau untuk kita maklumkan kepada orang ramai. Contohnya, apabila ada program Maulid, Ceramah, Korban, maal Hijrah dan sebagainya, ia pun terbitlah dengan jumlah sekitar 200 salinan sahaja..

Menarik juga dengan terbitnya Suara Al-Muhajirin kerana ia menjadi penghubung utama pengurusan masjid dan jemaah lain yang kadang kala tidak tahu perkembangan yang berlaku di surau..

Saya cadangkan semua masjid perlu mengadakan risalah yang sama... Ia bukan sekadar maklumat ttg isu agama, atau sabda-sabda Rasul atau info fiqh ISlam yang membosankan (pada sesetengah orang) tetapi pelbagaikan bahannya sesuai dengan perkembangan semasa.

InsyaAllah ia menarik dan mendapat sokongan orang ramai...

No comments: