Jam 4 petang, 19 Mei 2008 rakan saya En Ghani mengirim SMS; Dr Mahathir keluar UMNO? Beberapa SMS berikutnya diterima mengesahkan perkara ini, termasuklah SMS Puan Hasnah; Bernama mengesahkan Tun Dr M keluar UMNO serta merta. Berita jam 5 RTM1 menunjukkan rakaman temubual pengistiharan Dr Mahathir keluar UMNO berkuatkuasa serta merta. Sementara itu, berita jam 6 RTM1 menunjukkan respond orang ramai terutamanya di Johor meminta Tun Dr M menarik balik keputusannya.
Peristiwa besar ini bagaikan suatu mimpi ngeri yang menjadi realiti pada politik tanah air khasnya kepada UMNO. Dua hari sebelumnya Laporan Siasatan Diraja mengenai kes vedio Linggam mengaitkan nama-nama mereka yang terlibat dan berkepentingan dalam menentukan pelantikan jawatan Ketua Hakim Negara, yang tersenarai juga nama Tun Dr Mahathir. Terlalu banyak gugatan dan pendedahan yang melibatkan Tun, kepincangan dan penyelewengan yang dilakukan terdahulu dihurai tafsir mengikut cita rasa terkini dan bebas. Mungkin ini menjadi faktor utama kenapa Tun Dr M membuat keputusan keluar UMNO dengan mengaitkan syarat Pak Lah juga kena letak jawatan.

Bagaimana kedudukan politik dan masa depan negara? Apakah benar ramalan Menteri Besar Kedah; Ustaz Azizan bahawa Barisan Rakyat akan menguasai negara dan hanya Johor yang akan menjadi muzium terbesar untuk didiami orang-orang UMNO.
No comments:
Post a Comment