Monday, May 26, 2008

MASJID SULTAN ABD SAMAD, KLIA

MASJID SULTAN ABDUL SAMAD, KLIA

Pertama kali saya singgah dan solat di masjid ini. Masuk ke tandas berbaris rupanya, bagus tu. Ruang solat yang cukup luas melapangkan rasa dan menenangkan jiwa untuk solat dan mengadap Tuhan. Saya menuju terus ke saf hadapan ketika azan sedang berkumandang.

Khatib memulakan khutbahnya dengan ’izinkan saya menjemput jemaah yang masih berada di luar masjid supaya segera masuk ke dalam bagi mendengar dan menghayati khutbah. Mendengar khutbah dan beriktikaf di dalam masjid adalah sebahagian daripada kesempurnaan solat Jumaat. Diingatkan juga supaya jemaah mematikan handphone agar tidak terganggu solat yang kita lakukan.’ Menarik juga pendekatan khatib memperingati jemaah seperti ini.

Selepas ini, bolehlah pula saya praktikkan ketika giliran berkhutbah nanti.

Tersentuh benar dengan suasana masjid besar ini, berdoa setulusnya dan terasakan bertapa Allah maha mendengar doa permohonan hamba-Nya. Ya Tuhanku, ampunilah dosa-dosaku, selamatkanlah kami, luaskanlah rezeki kami seluas langit dan bumi yang Kau hamparkan dan kembalikanlah hak kami kepada kami iaitu Pulau Batu Putih daripada mereka yang kufur menguasai tanah hak milikmu...

(Petang ini akan diputuskan pemilikan Pulau Batu Putih, sama ada berpihak kepada Singapura atau Malaysia)

No comments: