Monday, May 26, 2008

SYARIKAT CACING

SYARIKAT CACING

Menguruskan sebuah perkongsian atau sebuah syarikat bukanlah mudah. Bermula dengan cakap main-main di tepi surau akhirnya membuahkan pakatan ini. Pakatan lima orang untuk sebuah projek pertanian yang baru kami jalankan, mula menampakkan hasil. Hari ini benih cacing dalam 15 kilo akan tiba ke lokasi, setelah rak-raknya siap didirikan dua hari sebelumnya. Projek bermula dengan mencari lokasi operasi dengan beberapa pilihan yang ada. Namun akhirnya kami bersetuju mendapatkan sebuah kedai usang lalu operasi pembersihan dan pembaikan dijalankan.

Hampir sebulan berkemas dan menyiapkan itu ini, akhirnya bekalan cacingpun tiba. Geli gamaknya hendak uruskan cacing-cacing yang kemerah-merahan, liar sejuk-sejuk pula. Anda bagaimana?

No comments: