Thursday, May 8, 2008

SELAMAT HARI GURU

SELAMAT HARI GURU 16 MEI

Selamat Hari Guru. Maaf anak muridmu ini selalu terlewat menyampaikan ucapan seringkas ini kepada guru-guru yang berjasa kepada diri, keluarga dan ummah. Sememangnya anak murid seperti saya, bukannya tidak ingat hari mulia meraikan pendidik, namun ada sahaja halangan dalaman sebenarnya untuk merungkai sebaris ayat seperti ini.

Saya teringat pesanan Saidina Ali, katanya; “Aku rela menjadi hamba kepada seorang guru yang mengajarku walaupun hanya satu alif.’ Kata-kata keramat ini pun saya sunting daripada seorang guru yang mulia, Ustazah Fauziah Thani suatu ketika dahulu di Kolej Islam Kelang. Kami anak-anak murid cikgu, banyak terhutang budi dengan pengorbanan dan ketulusan guru mendidik kami di bangku sekolah. Tanpa sentuhan, marah-marah dan hukuman cikgu, belum tentu kami mampu berjaya seadanya pada waktu ini.

Perjalanan hidup bukanlah semudah disangka. Namun atas kasih sayang guru, atas keperihatinan dan kesediaan guru membantu dan menghargai anak muridnya, sudah cukup menjadi momentum untuk kami berjaya. Sekelumit nasihat guru bisa merubah potensi diri yang terpendam, menghakis rasa lesu dan rendah diri yang tidak keruan.

Setelah sekian lama, saya kini menjadi guru (pensyarah) di UiTM yang ingin mengulangi jasa bakti yang sama oleh guru-guru kami dahulu. Hendaknya saya mampu memberi didikan yang baik kepada pelajar. Seorang guru dikenang bukan daripada apa yang diajar, tetapi dikenang kerana jasa dan ikatan tarbiyah yang dilontarkan semasa proses pembelajaran berlangsung. Terharu saya membaca komen seorang pelajar kepada saya; “You are such a good lecturer that I ever had. Excellent in everything especially communating with student. Well done you do a great job. Thank you for everything.” Kepada semua guru dan pensyarah, selamat hari pendidik!

2 comments:

aniisma said...

Salam Ustaz

Jika tidak membaca catatan ustaz tentang Hari Guru, tentu sahaja saya terlupa akan ketibaan 16 Mei. Sekarang, kita sedang memikirkan Hari Ibu yang akan disambut 11 Mei.

Ibu adalah guru terbaik. Betul tak ustaz?

Daia said...

Salam..
Selamat Hari Pendidik..Ustaz, dulu ustaz student KISAS ke?