Wednesday, June 25, 2008

JENDELA KECIL

Menyusup liar

sinar putih pada cermin wajah

gelora sadis meronta

lelahar jelek

pada karma alam

dan terhenti

lesu

pada lafaz parlah.

(Sebuah sajak kecil untuk laman e-sastera pada 23 Jun 2008 lalu)

3 comments:

Unknown said...

as'kum..

sajak anda sangat puitis dan tinggi bahasanya(mungkin). Saya bkn di kalangan org sastera tdk memahami maksudnya. Jadi, sangat sayang sekiranya karya tersebut nilai tingginya tetapi hanya difahami beberapa org sahaja.Karya yg baik tidak semestinya karangan yg puitis dan abstrak,tetapi cukup dgn penulisan yang baik,jelas dan kesampaian.

Ahmad Nawawi Yaakob said...

Terima kasih.. ia tidaklah puitis apa pun.. sekadar ungkapan kosong. Apabila Shahnon Ahmad bepuisi, ia bagai bercakap sahaja; katanya puisi atau sajak ialah apa yang orang faham. saya setuju dgn pendapatnya.. sajak ini hanya paparan kejahatan manusia dan tersedar setelah terlewat benar, dengan lafaz istighfar (perlah).

Unknown said...

Saudara merendah diri..

"Apabila Shahnon Ahmad bepuisi, ia bagai bercakap sahaja; katanya puisi atau sajak ialah apa yang orang faham."

Saya turut bersetuju dgn pendapat shanon ahmad. Jadi tidak salah sekiranya dikesempatan yg lain saudara bleh menitipkan sajak yang mesra pendengar,'bagai bercakap dan org faham.'

Mungkin juga saudara boleh memberi dimensi baru dlm bersajak,sekurang-sekurangnya dpt mengajak dan memberi pengertian kpd masyarakat bahawa puisi atau sajak bukan semata2 harus ada bahasa2 seperti itu...terutamanya kpd orang2 yg cetek ilmu dlm bidang ini tetapi mula berjinak2 untuk ambil peduli tntg bahasa dan sastera seperti saya. Sekali pun tak apa,blh ke..?