Rakan kuat UPENA; Puan Mazlina Mangsoor akan berpindah ke Shah Alam. Semalam (24/6 3pm) AJK UPENA buat makan-makan di Pizza Hut.. terasa akrabnya hubungan sesama kami, indahnya rasa ukhuwwah terbina selama ini atas dasar yang satu.. penulisan, khasnya kreatif. Kak Lin harap di Shah Alam kelak akan ada group yang boleh membantu seperti di Johor.
Sebenarnya UiTM Johor banyak kelebihannya; terutamanya soal hubungan keakraban sesama staf, malah pelajar. Aktivitinya juga pelbagai dan UPENA menjadi pencetus kepada penghasilan karya kreatif dan penubuhan kelab kreatif kalangan pensyarah/staf..
Kepada kak Lin, selamat bertugas di tempat baru dan semoga terus cemerlang.. UiTM Johor tetap di hati.. (Tiada madah yang paling baik untuk diungkapkan atas jasa baktimu selama di sini.. hanya kalimah; TERIMA KASIH)
1 comment:
salam ustaz, terima kasih atas upan tersebut. Terima kasih utk UiTM Johor & warganya, saya tidak akan lupakan segalanya di UiTMJ ini. Maaf atas segala & terima kasih lagi.
Post a Comment