Friday, July 4, 2008

BALA DAN FITNAH

Sekali lagi negara kita yang tercinta ini digemparkan dengan bala dan fitnah. Fitnah dan bala yang besar, yang tidak sanggup dilihat dan didengar sesiapapun. Bala dan fitnah bahawa pemimpin tertinggi negara, baik pihak kerajaan mahupun pihak pembangkanag (DSAI, khasnya) terlibat dalam perlakuan yang amat memalukan. Jijik.
Kenapa pokok persoalan seperti ini sengaja diheboh dan dijadikan polimik? Apakah agenda besar di sebalik peristiwa hitam ini. Apa yang kerajaan dan media mahu tunjukkan kepada anak-anak kita? apa yang kerajaan mahu dedahkan bahawa kejelekan yang berlaku itu adalah suatu yang normal dan biasa. Manakan tidak, jika pemimpin tertinggi yang berpengaruh dalam negara melakukan perbuatan yang memualkan? Siapa lagi yang sanggup mendengar dan melihat perbuatan seperti ini?
Malu. malu apabila anak-anak membaca akhbar tentang LIWAT. Abah apakah itu liwat? Kenapa Anwar Ibrahim LIWAT? Bukankah jelik bunyinya pertanyaan anak seperti ini untuk dijelaskan seorang bapa? Dan anak bertanya lagi; `Betulkah TPM (Najib) dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan Altanthuya?' Siapa yang keluarkan bom besar itu? lagi jelek mendengar persoalan seperti ini...
Bagaimana jika pelawat dan pelancong serta orang luar melihat kita sebagai negara Islam? Sebuah negara Islam yang penuh dengan kes LIWAT? Pelik bunyinya... Dan tidak mustahil jika pelancong asing mahu datang ke sini, mereka perlu memakai cawat besi bagi mengelakkan drp terkena LIWAT.. Amacam?
Wahai mereka yang berkuasa, kembalilah kepada peraturan dan ahkam Allah dalam menentukan semua perkara. Jika kita membelakangkan hukum Allah, beginilah jadi padahnya kepada negara dan masyarakat. Kejelekin dilihat sebagai suatu yang biasa. Kebobrokan adalah lumrah. Semuanya berjalan atas dasar kehendak dan keghairahan nafsu, bukannya atas kepentingan agama dan ummah.
Selamat berjuang sahabatku.. dan juga aku!

3 comments:

Dark Lord said...

apa pun yang berlaku, lupekan sebentar dengan politik negara... jangan jadikan kita rakyat ini sebagai percaturan politik dan kepentingan mereka.. kuatkan pertahanan rakyat kita.. bersatu kita teguh.. contohi Iran yang saya rasa kini sesuai menjadi contoh negara Islam.. Tidak tunduk pada barat... Rakyat kekal bersatu walaupun siapa yang memimpin...

Kita juga boleh seandainya pertahanan rakyat kita kukuh.. tidak goyah... Bersatu kita Anak Malaysia... Bersatu kita anak Melayu!!!

ina marjana ulfah said...

salam ustaz. Kisah ini spt ulang tayang kisah lama. Malangnya rakyat yang terpaksa menontonnya.
Ust, saya nak buat permintaan, boleh tak ust 'adjust' ruangan tinggal komen ini supaya ada Name/URL sebab setiap kali saya nak masuk perlu sign in pjg2 dgn blogspot baru boleh. Contoh blog Nisah ada Name/URL tu - sgt mudah utk saya tinggalkan komen. Terima kasih ustaz.

Rina said...

Testing 123