Hujung minggu.. Hari Khamis dan Jumaat kami gotong royong membersih dan mengecat pejabat CITU. Nampak berseri dengan cat baru.. setelah lama bilik mesyuarat tidak diselenggara dengan baik. Tahniah kpd staf CITU yang komited. Jumaat pagi tu sempat meeting UPENA, nak buat program pelancaran buku UiTM Johor..
Sabtu pagi ada majlis akad nikah di surau dan seperti biasa saya jadi MC bagi mengendalikan modul sakinah pernikahan pasangan anak En Bakar Bomba.. Petang itu bawa anak-anak berjalan di segamat je.. makan durian seguni.. kebetulan Afif dan Ain yang tinggal di asrama pulang hujung minggu.
Sempat sekejab saya menjengah rewang kenduri sebelum bergegas ke tapak cacing setelah orang Agro Quest telah tiba. Pertemuan di sana hingga lewat maghrib. Pulang ke rumah, Isyak-nya ada kenduri rumah Hj Ali, yang bekerja di Singapura. Haji Ali ini sesekali dia pulang ke TY, memang menyentuh hati. Orangnya baik berusia awal 70. (sesekali apabila saya turun dari mimbar, baca khutbah.. dia menghulurkan salam dan memberikan wang... terperanjat juga.. kenapa dia buat macam ni.. tapi itulah caranya bersedekah; moral of the story, jangan lokek untuk bersedekah walau sesiapa pun yang kita hadapi)
Ahad pagi; urusan kursus menternak cacing; syukur berjalan lancar dan sambutan dalam 40 peserta. KErjasama dengan Kolej Komuniti Segamat2 amat baik. kalau rakan-rakan mencari tempat utk seminar atau kursus, senang berurusan dengan Kolej ini.. Program tamat lewat petang dan kami pulang selepas maghrib.
Isyaknya ada mesyuarat kenduri di rumah Puan Hawa yang akan melangsungkan perkahwinan anak perempuannya pada 2 Ogos nanti.. Pulang ke rumah.. nasib baik isteri OK.. senyum pun dah kira ok le.. kalau masam-masam.. susah nak dipujuk hatinya..
No comments:
Post a Comment