Bilakah malaikat maut datang? Tidak pasti flow-nya. ada kala bermusim, ada kala tidak kira musim. Contohnya, saya di T.Yayasan, pada 14 Julai -Isnin- ketika sibuk dengan lawatan penilaian AKNC, tiba-tiba mendapat berita kematian Pakcik Awang bin Hamzah, bapa angkat Imam Hadzri di Johor Bharu kematiannya. Dikebumikan di TY selepas Asar. Berkejarlah saya pulang jam 4 petang dengan kekalutan panel penilai AKNC... dan Alhamdulillah selamat disolat dan ditalqin dan dikebumikan pada Asar itu, di perkuburan Kg Kadut.
Pada minggu yang sama, 19 Jul, Sabtu, sekali lagi kami mendapat berita menyedihkan pemergian En Khalid Zakaria, pencen posmen yang jual kuih di pasar malam. Dia ahli jemaah surau yang rapat dan bersiap sedia untuk menunaikan haji. Ketika melihat jenazahnya yang meninggal secara tiba-tiba, terlihat kain ihram tersimpan dipenjuru katil. Tetapi panggilan Allah terlebih dahulu menemui masanya.
Jenazah En Khalid dikebumikan selepas Zohor. Pada hari itu saya bertugas sebagai fasilitator Modul Pembangunan pelajar di UiTM. Sememangnya saya free pada hari berkenaan, tetapi siapa tahu ada kematian datang 'mengganggu'? Modul Pelajar saya teruskan pada sesi pagi, dan terpaksa break pada sesi 2 - 4 bagi menguruskan jenazah... Selepas Asar, jam 5 saya sambung balik modul hingga santap jam 7.00 petang. Alhamdulillah respon pelajar amat membanggakan.
Seperti biasa, bila ada kematian, adalah majlis tahlil dan yasin 3 malam berturut-turut di rumah atau di surau mengikut kesesuaian keadaan. Pada malam itu kami beryasin tahlil selepas Magrib dan saya baru sahaja sampai ke rumah ketika azan Maghrib kedengaran. Selepas Isyak ada pula jemputan tahlil dan berzanji di tempat lain, di rumah En Nahrawi.. Pulang lewat malam, keletihan.
Belumpun tiga malam berakhir, semalam 20 Julai, Ahad.. lagi berita kematian diterima. Kali ini warga perempuan, isteri Haji Dollah yang telah lama sakit terlantar di TY. Jenazahnya dikebumikan hari Isnin, 21 Julai. Dan terfikirlah saya bagaimana kuliah-kuliah pelajar yang terpaksa saya batal bagi mengimamkan jenazah berkenaan. Pagi Isnin saya hadir kelas jam 8- 9.30 dan bergegas pulang ke TY untuk imamkan solat jenazah. Kelas jam 10, saya minta dilewatkan ke jam sebelas, itu perkiraan saya.. Tetapi apabila saya telefon wakil pelajar kelas berkenaan, mereka maklumkan kelas saya telah ditukarkan ke Hari Rabu mengikut jadual baru.. Subhanallah, sayapun tak tahu ada perubahan jadual baru. Itupun satu kelapangan buat saya. Nasib menyebelahi saya, saya tak perlu batalkan kelas atau gantikan kemudian. Allahu Akbar, DIA memudahkan urusan.
Pada mula-mula dulu memang kita ghairah dan teruja menguruskan jenazah, namun akhir-akhir ini dengan bebanan kuliah sebagai tugas hakiki dan komitmen keluarga, kominten sedikit dengan bisness, menjadikan ia dirasakan kurang enak dan berbelah bagi. Itulah realitinya.
Namun pesan seorang kawan, kerja amal ini dibuat sebagai amanah masyarakat setempat. So, kenalah buat juga. Ganjaran kebendaan memang tidak dapat, tetapi ganjaran bentuk lain yang Allah akan beri... kata-kata seperti ini cukup merangsang kita... lebih-lebih lagi dengan kos minyak yang membebankan...
Saya kira ramai lagi insan yang sibuk jadual hidupnya seperti ini.. Ketua-ketua jabatan, ketua masyarakat, macam Prof Kamil di UiTM tentunya terlebih padat jadual hidup mereka. Di mana ada kekuatan untuk terus hidup dan berbakti?
No comments:
Post a Comment