Terlalu lama kita menunggu saat seperti ini, saat muzakarah dan pertemuan dari hati ke hati pada soal agama dan bangsa di Malaysia. Ketepikan seketika soal perbedaan pandangan, dan bersatulah atas nama Islam. Tetapi ruang pertemuan tidak pernah disegerakan.
Hanya mungkin kerana ketewasan dalam PRU 12, baharulah mereka tersedar pentingnya bermuzakarah dan bersatu untuk menjaga ummah. Sebelumnya, tidak ada ruang langsung kepada pihak pembangkang bertemu, selain pada majlis rasmi untuk promosi media.
Apa yang penting pada muzakarah ini ialah kita mencari titik pertemuan yang sehaluan antara kedua parti terbesar dalam negara ke arah memelihara dan menjaga kepentingan agama serta perpaduan. Selalu saya utarakan persoalan ini, apakah perpaduan bangsa Melayu satu realiti atau satu fantasi semata?
Perpaduan bukan hanya lahir pada kesatuan parti (seperti menggabungkan UMNO dan Pas), tetapi perpaduan lahir dari rasa saling hormat menghormati, menunaikan hak masing-masing dan tentunya meletakkan dasar perjuangan dan matlamat akhir yang hendak dicapai pada landasan yang sama. Bilamana kita punyai matlamat yang sama, amat mudah kita menyurusi jalan-jalan pertemuan antara kedua belah pihak.
Banyak rahmatnya apabila PRU12 membuahkan hasil seperti ini... Mungkin di sini tersadar orang yang berkuasa untuk menoleh ke belakang dan mahu menilai diri.
No comments:
Post a Comment