Wednesday, July 16, 2008

LAWATAN AKNC 14 - 15 JULAI 08

LAWATAN AKNC 14 JULAI 2008

PANEL penilai Anugerah Kualiti Naib Canselor akan datang ke UiTM Johor pada 14 Julai ini. UiTM Johor telah terpilih ke peringkat ke dua setelah penilaian pertama dibuat melalui pelaporan AKNC. Banyak perkara yang perlu dibuat pada saat akhir, namun semuanya berjalan dengan lancar. Pihak Fasiliti nampaknya terpaksa bekerja keras bagi mencantikkan persekitaran dengan aktiviti mengecat, membaik pulih pejabat dan keindahan persekitaran. Selain itu, pihak Unit Kualiti orang yang paling sibuk memastikan semua fail dan peralatan serta persediaan penilaian dibuat sebaik mungkin. Tahniah kepada En Mohd Shukor, Puan Raudzah, Puan Ina, Puan Mis, Cik Lizi dan ramai lagi yang berusaha gigih mencipta kecemerlangan.

Banner yang dipasang di persekitaran juga menceriakan lagi suasana. Pertama kali banner berupa nasihat kualiti dari kata-kata tokoh, suntingan hadis dan al-Quran menghiasi ruang legar UiTM Johor. Tahniah dan terima kasih kepada idea bernas Prof Muhd Kamil, Pengarah yang kita kagumi. Selamat berjaya.

Pada hari yang sama UPENA Shah Alam juga membuat promosi dan jualan buku di Ruang Legar Pentadbiran. Kepada mereka yang berminat dengan buku eloklah datang ke kaunter pameran dan mendapatkan buku-buku terpilih dengan potongan harga istimewa.

No comments: