Friday, August 29, 2008

AMALAN SUNAT KETIKA BERPUASA

Ramadhan adalah bulan istimewa, bulan yang lebih mulia dari seribu bulan. Antara amalannya ialah;

1. Segera berbuka puasa setelah diyakini masuk waktunya. Iaitu setelah mendengar azan Maghrib disunatkan segera berbuka puasa tanpa berlengah lagi.
2. Melewatkan sahur. Bersahur adalah amalan yang sunat hukumnya . Melewatkan sahur adalah sunat sebagai persediaan untuk berpuasa sehari suntuk keesokan harinya.
3. Mandi hadas besar sebelum terbit fajar, sebelum masuk waktu Subuh.
4. Berbuka dengan buah-buahan seperti tamar, pisang dan sebagainya.
5. Memulakan berbuka dengan doa.
”Ya Allah dengan nama-Mu kami berpuasa dan beriman dengan rezekimu kami berbuka dengan rahmat-Mu Tuhan Maha Pemurah”
6. Memperbanyakkan sedekah.
7. Memperbanyakkan membaca al-Quran.
8. Memperbanyakkan ibadah malam.
9. Berzikir dan sebagainya.

No comments: