Wednesday, August 27, 2008

ANWAR dan PERMATANG PAUH


TAHNIAH DSAI memenangi pilihanraya kecil Permatang Pauh yang menjadi lubuknya sejak mula bergiat politik tahun 1982 dahulu. Satu lagi titik sejarah golakan politik tanah air tercipta dan barangkali ia lebih besar impaknya daripada yang lain sebelum ini.

Semasa Anwar ditahan pada zaman Mahathir dahulu, ada juga saya utuskan surat peribadi kepadanya sekadar memberi simpati dan sokongan. Dia membalas surat saya dan menghargai sokongan peribadi. Namun setelah Anwar dibebaskan, tidaklah pula saya mahu berurusan dengan DSAI lagi. Saya kira, pada ketika ini dia terlalu ramai pengikut dan penyokongnya.

Apapun, yang penting ialah kemenangan atau kekalahan dalam dunia politik, banyak perkara yang tidak mampu diselesaikan.. kedudukan Islam dan umat Islam, khasnya Melayu tidak banyak berubah. Aset Melayu semakin mengecil, kedaulatan bangsa Melayu tidak terjamin, bahasa Melayu dikoyak rabak, Perkara 153 dipersoalkan hari-hari, kebebasan beragama khasnya dalam agama Islam dimain-mainkan oleh orang yang pandai dan banyak lagi yang berserabut untuk difikirkan.

Kemenangan dan kekalahan dalam politik yang utama perlu diinsafi ialah keupayaan kita mendaulatkan kembali umat Melayu, memartabatkan kembali Islam sebagai agama yang dianuti dengan tidak menafikan hak agama/bangsa lain. Kedaulatan ahkam syariah seharusnya segera didaulatkan sesuai dengan tuntutan al-Quran. Selamat berjuang wahai pujangga politik tanah air.

No comments: