Pagi ini (27 Ogos 2008) sekali lagi saya ke Institut Latihan Perindustrian Selandar, Melaka. Kali ini sebagai juri pertandingan nasyid Institut Latihan Perindustrian Zon Selatan; negeri Melaka dan Johor. Saya mengajak Hasnah student SKP menemani – ajak si Shahir, dia tak datang kerja pula – dengan pecutan mengejar masa. Bertolak jam 8.30 pagi dan sampai tepat jam 9.30. Acarapun dimulakan.
Persembahan kumpulan nasyid memang menarik dan pemenangnya dari ADTEC Batu Pahat. Apa yang penting ialah sentuhan irama lunak nasid sebenarnya mampu membangkitkan kecintaan dan kasih kita kepada Allah, rasul dan agama. Malah ia seakan merobek hati ini untuk menangis menginsafi kebesaran Tuhan dan mengkagumi perjuangan Rasulullah s.a.w.
Dapat pula berkenalan dengan beberapa orang pegawai dari ILP termasuklah Tuan Hj Meor.
Saya nampak beberapa peluang baru yang boleh diterokai untuk menjalinkan kerjasama dengan pihak ILP. Soalnya apa program yang boleh kita lakukan?

No comments:
Post a Comment