Friday, August 29, 2008

APA UNTUNGNYA

Apa untungnya pilihanraya kecil seperti Pilihanraya Permatang Pauh 26 Ogos lalu? Banyak untungnya. Pertama untung kepada rakyat dari segi penurunan harga minyak ke 2.55 sen/liter. Janji kerajaan Pak Lah ialah kadar minyak tidak akan diturunkan sehinggalah selepas 1 September iaitu selepas pembentangan belanjawan negara (29 Ogos) dan selepas sambutan Merdeka ke 51. Tetapi atas desakan semasa, kerajaan Pak Lah terpaksa memungkiri janji yang dibuatnya sendiri untuk menurunkan harga minyak sebelum tarikh yang dijanjikan

Rakyat telah faham itulah kerajaan Pak Lah. Jika dahulunya dimaklumkan kepada rakyat tidak akan ada pembubaran parlimen, tetapi keesokan harinya parlimen bubar. Selepas itu berjanji pula harga minyak tidak akan naik selepas pilihanraya, tetapi dinaikkan juga... Malah lebih melucukan apabila Pak Menterinya memaklumkan harga minyak tidak akan naik melainkan selepas Oktober, tetapi keesokannya Pak Lah sendiri mengumumkan kenaikan harga minyak ke 2.75/liter. Itulah janji kerajaan Pak Lah.

Saya sayang pada Pak Lah tetapi kemampuan dan keupayaannya menerajui negara sering sahaja dipertikaikan semua orang. Pak Lah orangnya baik, tetapi kebaikan peribadi ternyata tidak menjamin keupayaan menerajui sebuah negara seperti Malaysia. Seperti juga seorang Dr menulis buku tentang pengurusan, belum tentu dia akan berjaya menjadi pentadbir/pemimpin yang baik. Banyak dan terlalu banyak kemahiran yang perlu dalam dunia politik dan kepimpinan.

Apa untungnya kita sebagai blogger? Blogger seronok kerana dapat berkongsi idea dengan kalangan pengikut dan penggemarnya.. bebas mengeluarkan pendapat, asal sahaja tidak menggugat kepentingan orang lain. So, selamat menulis.

No comments: