KESTABILAN NEGARA DAN KUASA POLITIK...
APA YANG ORANG MELAYU DAPAT?
Apa yang kita dapat dengan kemelut politik dalam negara hari ini? Semasa Pilihanraya 1999 ketika BN dimenangkan oleh pengundi Cina, orang Melayu hanya menang sorak. Tuntutan 99 yang dikemukakan oleh pihak sekutu BN sebagai imbal balik kemenangan yang diberikan kepada BN begitu gawat. Termasuklah mereka meminta kouta di MRSM dan UiTM. Isu mereka meminta kouta di UiTM telah lama berbunyi dan sengaja dimain tolak tarik oleh pihak kerajaan yang besar diwakili kaum lain pada ketika itu.
Sekali lagi apabila Perikatan Rakyat memenangi beberapa negeri dan kemenangannya dihadiahkan oleh pengundi Cina, nada yang sama dikemukakan sekali lagi.. Ternyata, banyak hak-hak Melayu yang termaktub dalam perlembagaan sering sahaja dipertikaikan pada masa kini. Ia seolah-olah hak Melayu yang termaktub itu tidak pernah wujud dalam kamus negara. Mereka tidak lupa, mereka tidak pernah tidak tahu akan adanya Perkara 153, tetapi apalah ertinya keberadaannya dalam Perlembagaan apabila kuasa politik orang Melayu semakin lemah dan terumbang ambing.
Setelah 50 tahun berkuasa, UMNO tidak banyak memanfaatkan peluang itu untuk mendaulatkan hakimiah Allah. Soalnya kelak, adakah dengan peralihan kuasa (jika benar terjadi) akan memberi impak yang lebih baik kepada kedulatan agama Islam dan kepentingan umat Melayu kekal terpelihara? Benarkah begitu?

No comments:
Post a Comment