Tuesday, August 12, 2008

ARWAH HAJI ZULKARNAIN, EX-UiTM SABAH

Seusai ceramah di UiTM Puncak Perdana, seorang pelajar datang menemui saya dan memperkenalkan dirinya; Lokman bin Hj Zulkarnain dari Kelantan... Subhanallah. Lokman adalah anak sulung Hj Zul yang dahulunya saya temui dan kenali mereka semasa bertugas di UiTM Sabah.

Hj Zul amat rapat dengan saya lebih-lebih lagi apabila kami dalam satu team menjalankan kajian tentang Saudara Baru di seluruh Sabah. Terlalu banyak pengalaman manis dengan Tuan Haji Zul, pengalaman meredah belantara, kereta tersangkut di puncak bukit, bermalam di Keningau dan seluruh pelusuk Sabah. Ke Pamol dengan debu-debuan yang tidak tergambar... Namun Allah mengambilnya kembali lebih awal seawal usia 39 tahun.

Saya sempat menziarahinya ketika sakit di Kelantan dan amat malang kerana berita kematiannya lewat diterima... Dialah sahabat yang sangat dikasihi, mengajar satu ilmu baru kepada saya.. ilmu penyelidikan.

Lokman kini belajar peringkat digree.. 013-9444531

No comments: