Satu hari tu Raja Zubaidah menelefon saya hasratnya untuk menjemput berceramah di UiTM Puncak Perdana. Saya memikir dua tiga kali, dan akhirnya membuat pertimbangan menyetujuinya. Selain pertama kali ke sana, mungkin banyak benda yang boleh saya pelajari daripada aktiviti seperti ini, sementelah Raja adalah bekas pelajar saya di UiTM Johor dahulunya.
Berkenderaan sendiri ke sana bukanlah suatu yang penat, malah menghiburkan. Mula-mula saya menghafaz lagu, setelah itu Allah beri pula kekuatan untuk menghafal beberapa surah al-Quran yang sedang saya ingat kembali. Syukur perjalanan ini penuh berfaedah. Beberapa surah al-Quran sempat diingat kembali; Muzammil, Al-Insan, ayat puasa, ayat solat dan sabar, ayat beberapa surah daripada jua Amma.
Gandingan forum dengan Puan Hajah Aluyah Mohd Ali, Kaunselor Kanan yang juga rakan akrab semasa dia pernah bertugas di UiTM Johor, amat membantu saya. Peluang mengenali ilmu dan amalnya cukup tinggi. Bicaranya tentang perlunya solat diutamakan dalam apa juga keadaan semacam senada dengan Prof Dr Kamil, Pengarah UiTMJ.
Saya sentuh pentingnya menghayati matlamat hidup ubudiyah lillah, istikhlaf dan menyempurnakan amanah Allah. Islam datang bersama seni (sesuai dengan pelajar Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (TEKA) yang membawa zapin di surau dan masjid. Menyentuh soal bercinta, usah terlalu diikut rasa hati, punah kelaknya. Saya bacakan SMS pelajar yang putus cinta nak murtad… itulah mudahnya menggadai agama hanya atas nama cinta.
Pada akhir sesi ceramah bebapa soalan dikemukakan, termasuklah SMS ini..
“Ustaz, nak tanye dose atau x kalau kte masuk club dgn niat hanya utk menari sahaja.. tanpa menyentuh sebarang minuman di dlm club tsbt..012-85751xx; 9/08/08 2259”
Salam.. sy ada seorang rakan yg memeluk Islam pd tahun ini.. tetapi hatinya tidk ikhlas.. dia pernah ke gereja n bdoa setelah memeluk Islam.. apakah pandangan ustaz 019-67417xx, 9/8/08/ 2250

No comments:
Post a Comment