Friday, August 1, 2008

CERAMAH ISRAK DI FELDA TENANG

Saya mendapat jemputan berceramah Israk Mikraj di Masjid An-Nur Felda Tenang pada 29 Jul lalu. Sebenarnya Tuan Pegawai Tadbir Agama Daerah, Syeikh Mohd Azman yang dijemput, tetapi pertukaran saat akhir, saya yang diminta menggantikannya. Persediaan berceramah agak kalut, dan kekalutan itu sudah jadi sebati dengan cara hidup saya.. tak pernah ada yang tak kalut, semuanya last munite... Betulkan sikit power point dan tambah beberapa ayat yang sesuai... lalu jadilah ceramah interaktif...

Kali pertama sampai ke Felda Tenang, Labis. Memang tenang dan damai.

Bertemu Pengurus Felda dengan sedikit keluhan; "Memang harga getah mahal, tapi ada juga peneroka kita yang jual getahnya kepada cina di luar.. Tak berkat. Tak berkat hidup mereka. Tengok rumah tangga mereka susah, anak-anak tak menjadi... Peneroka yang baik, insyaAllah berkat tu ada.. rumah makin besar, anak-anak berjaya..."

Berkat itu anugerah Allah yang diberi kepada mereka yang jujur. Ia tidak ternilai dengan wang ringgit, apatah lagi dengan wang ringgit yang haram.

Berceramah menggunakan LCD banyak membantu menyembunyikan kelemahan dan kekurangan saya sebagai seorang penceramah. Tunjuk gambar sekeping, boleh ulas sampai dua tiga minit.. Alhamdulillah respond jemaah yang hadir nampak baik dan tertarik.. Moga Allah memberi keimanan dan ketaqwaan berkekalan kepada saya dan semua jemaah.

Tiba di rumah jam 11.45 malam. (malamnya demam kepanasan).

3 comments:

sharina -upena- said...

hehe...frasa "kalut + last minute" mengingatkan saya pada ex-Koordinator Latihan yg juga bos saya dulu..bos yg best..yg sporting... dia kalut..kami satu unit pun ikut kalut..hehe...ustaz..ustaz...

Ahmad Nawawi said...

Sharina, thanks melayari blog ini.. bos tu.. us Yadman ke? he he...

sharina -upena- said...

ustaz nawawi, u hit the jackpot!! he's the 1 and only..siapa lagi...hahaha.. :p