Friday, August 1, 2008

ISRAK MIKRAJ DAN NASI AMBENG, 30 Jul

Sudah tahun ke dua, surau kami mengadakan majlis Israk Mikraj dan disediakan jamuan nasi ambeng/ambang. Kali ini penceramahnya ialah ustaz Sidek Abdullah dari UiTM, rakan sepejabat. Ceramahnya walau senada tetapi menyentuh hati; mungkin dengan keikhlasannya yang tinggi. katanya, betapa ruginya orang yang tinggal solat berjemaah, rugi mungkin sebulan, setahun... lagi-lagilah solat subuh....

Nasi ambeng yang kami masak dibuat secara gotong royong. Satu keluarga masak nasi, yang lain masak sayur, yang lain masak serunding kelapa, ikan masin, ayam kicap dan perencah lain... dikumpulkan ramai-ramai dan makan dalam dulang di surau.. terasa akrabnya hubungan kami...

Saya kena masak sayur, dan yang masaknya tentulah Shida, my wife yang selalu sibuk tak menang tangan... Kasihan dia. Dalam penat tak sempat duduk, kena beli barangan itu ini hendak dimasak. Tempe ada rakan yang kasi... 30 bungkus. En Zamri yang bagi. Preparation masak-masak dibuat sama, anak-anak bujang saya yang lelaki pun buat juga.. Zaim dan Atifi boleh diharap setakat nak potong kacang panjang, hiris bawang...

Semoga semua kerja amal kita diberkati Allah hendaknya.

1 comment:

Anonymous said...

waaahhh..sedapnyer nasik ambeng tu ustaz...lain kali ajak saya la..saya tlg masak air kosong..ahahahha :p